Social Icons

Halaman

Rabu, 28 Mei 2014

KEWAJIPAN SEMBAHYANG 5 WAKTU

KEWAJIPAN SEMBAHYANG 5 WAKTU
Riwayat : Bukhari
Kategori : Ibadah
Hadis : Dari Anas r.a katanya, "Rasulullah SAW telah bersabda, (Selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti."
Huraian Hadith:
1. 27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting yang berlaku ke atas Rasulullah S.A.W kerana pada tarikh tersebutlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas baginda. Ia berlaku pada tahun yang dinamakan Tahun Dukacita di mana baginda telah kehilangan dua orang insan yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan sepanjang menjalankan dakwah suci iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib.
2. Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.
3. Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
4. Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Khamis, 7 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Selamat menyambut Maal Hijrah 1435. Semoga kehidupan kita semua diberkati oleh Allah SWT. Sama-sama mempertingkatkan amalan supaya hari ini lebih baik daripada semalam.

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, maksudnya: “Lakukanlah ketaatan ketika dalam kondisi kuat untuk beramal (yaitu di waktu muda), sebelum datang masa tua renta.”

Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sehat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti di waktu sakit.”

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, maksudnya: “Manfaatklah kesempatan (waktu luangmu) di dunia ini sebelum datang waktu sibukmu di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam kubur.”

Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, maksudnya: ”Bersedekahlah dengan kelebihan hartamu sebelum datang bencana yang dapat merusak harta tersebut, sehingga akhirnya engkau menjadi fakir di dunia maupun akhirat.”


Hidupmu sebelum datang kematianmu, maksudnya: “Lakukanlah sesuatu yang manfaat untuk kehidupan sebelum datangnya kematian, karena siapa pun yang mati, maka akan terputus amalannya.”

sumber asal: http://hidupyangdamai.blogspot.com/

Khamis, 11 Julai 2013

Salam Ramadhan 1434 Hijrah

Kepada semua Muslimin & Muslimat, Mukminin & Mukminat sekalian, selamat menyambut bulan Ramadhan 1434, bulan yang penuh berkat. Semoga setiap amalan di bulan Ramadhan pada tahun ini, lebih baik dan lebih bertambah berbanding tahun-tahun lepas.

Untuk makluman, sepanjang bulan ramadhan tahun ini, Insyaallah, Surau Al-Ikhlas akan dihidupkan dengan amalan solat Tarawih dengan diimamkan oleh seorang anak muda tahfiz Quran, yang telah diamanahkan oleh Ustaz Ahmad Murshidi untuk menjadi Imam di surau kita ini.

Oleh itu, kepada semua Muslimin & Muslimat yang ingin berjemaah tarawih di surau ini, boleh sama-sama turun untuk solat berjemaah. Insyaallah sepanjang bulan Ramadan ini, akan diadakan setiap malam selepas solat Isya'.

Fadhilat Ramadhan
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
sumber: darul numan

Rabu, 13 Februari 2013

Kelas pengajian Tajwid Al Quran ini akan bermula pada ahad depan 6 Rabiulakhir 1434 bersamaan dengan 17 Februari 2013

Insyaallah marilah kita bersama sama untuk belajar
Kelas Al Quran (Tajwid)

Insyaallah Kelas pengajian Tajwid Al Quran bagi jemaah surau al ikhlas dan kepada muslimin/muslimat yang ingin menambah/ belajar ilmu Al Quran akan diadakan pada SETIAP HARI AHAD MALAM ISNIN SELEPAS SOLAT ISYAK.

Tarikh/Waktu :   SETIAP AHAD MALAM ISNIN
Masa             :   SELEPAS SOLAT ISYAK
Tempat          :   SURAU AL IKHLAS PANGSAPURI CEMARA

Insyaallah kelas pengajian ini akan dipimpin oleh Ustaz IKHSAN dari Sg Besi.
Seorang Ustaz muda yg pernah belajar di Sek Men Ugama WP, UiTM, Madrasah di Jawa Barat dan Darul Ulum Cape Town Africa Selatan.

Diharap dapatlah kiranya saudara/i muslimin/muslimat sekelian meluangkan sedikit masa untuk belajar kelas Al Quran ini.

Semuga kehadiran tuan-tuan muslimin dan muslimat sekelian akan dapat mengimarahkan lagi surau dan kelas pengajian kita ini.

Jumaat, 18 Januari 2013

promosi surau


Terima kasih kepada hamba Allah yang telah meletakkan jam digital waktu solat di surau Al-Ikhlas, Pangsapuri Cemara ini. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berterusan kepada anda.

Dengan adanya jam ini, lebih mudah untuk jemaah surau mengetahui waktu solat dengan lebih tepat. Di harap, surau ini lebih ramai jemaah datang untuk solat berjemaah. Jangan biarkan surau ini sunyi tanpa jemaah. Biar azan berkumandang 5 kali sehari agar syaitan tidak mendekati penghuni Cemara.

Hadis daripada Abu Hurairah katanya: 
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)


sumber blog masjid saujana utama